The sun, the moon and the stars of Dory’s life

tensen!!!!

March 13, 2008 · Leave a Comment

dah 3 minggu tensen tahap melampau…2 minggu berturut2 exam yg ntah hape2..(econs tu macam dapat bawah 25% je…aku blank bagai nak gile!!!!!)..then minggu ni siapkan assignment mis yg baru je present tadi…tensen tahap gaban!!!!!!!!!! 

next week dan minggu2 seterusnya ada banyakkk lagi assignment dan group project yg perlu disiapkan sebelum sem ni berakhir…presentation journal untuk ob pun tak buat ape lagi…tertekan yg amat dan membuatkan aku buat keputusan untuk tengok wayang dengan jayanya esok memandangkan hubby kojo tahap tak hengat punya…

lambatnya nak abis presentation mis ni..grup aku present no 3 tadi jadi sekarang duduk kat belakang sambil surf internet dan jugak update blog ni..aku memang dah tade mood nak belajar..ngantuk dan lapar…pasni nak drive dalam 1 1/2 jam untuk sampai kat umah…arghhhhhh……

 okla, ada lagi 2 grup nak present dan aku tak tanya apa2 soalan lagi (class participation contributes to some of the 20% of total assessment)..tak tau nak tanya ape lagi…mati! (tapi sebelum ni ada jugak cakap2 kalo ada debate ala2 mini parlimen tu..harap2 tu sumer dapat menyumbang kepada portion 20% aku tu…)

okla, nak concentrate balik pada presentation kawan aku kat depan ni…nasib baik wifi kat U*M ni ok hari ni..boleh gak update..huhuhu!!

taaaa!!!

→ Leave a CommentCategories: tensen
Tagged: , ,

love and hate relationship

February 22, 2008 · 2 Comments

bila terbaca entry meen, aku rasa setiap orang mesti pernah merasai situasi macam ni..tak kisahla samada dengan kawan ke, family, pasangan hidup, bos kat opis or mana2 je… kenapa kita rasa macam tu? dalam masa kita suka hamba allah tu, boleh pulak kita kadang2 jadi meluat dengan dia…itulah yg dikatakan bahawa sebarang perasaan ni tak akan penah statik…ia akan berubah-ubah mengikut pola hidup seseorang tu…kalo time angin baik, mungkin kita boleh suka sangat pada orang lain, tapi kalo tiba air bah, maka hubungan tu pun jadi binasa umpama dilanda tsunami..

 satu yang perlu diingat, jangan terlalu menyayangi seseorang itu dan jangan pulak terlalu membencinya…kalau terlalu sayang, tinggalkan sikit untuk ruang perasaan benci, dan kalo terlalu benci, tinggalkanlah sikit untuk ruang dan peluang untuk menyayanginya..sebab kita takkan tahu apa yang boleh berlaku pada masa2 akan datang…

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, pada hal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.”

- Surah Al-Baqarah ayat 216

yang pasti, aku sayang pada orang yg turut sayang kat aku…huhuhu!

→ 2 CommentsCategories: Uncategorized

buhsan tahap dewa!!

February 18, 2008 · 1 Comment

argh, buhsannya….ada streamyx pun macam pakai dial-up je…apesal ntah sekarang ni line kat umah aku problem yang amat..macam ni ok la tapi kekadang line dia asik dc je…dah siap tukar modem baru pun bermasalah jugak ke?..adakah line tepon yg problem or hape?..masalah bila nak cari jernel untuk assignment tapi takleh nak access lama sikit yg menyebabkan aku sakit hati sangat dekat tm.  tensen gile…dah berapa kali aku asik tepon cakap masalah aku ni, kesudahannya org telefon datang n tukar modem lama ke modem baru ni dengan harapan konon modem yg masalah..tapi apesal bile dah baru pun ada masalah jugak?..tensen gile!!!

 macam nak keluar gi jejalan la…jap lagi nak ajak hubby gi merayap la…silap2 kang gi memancing pulak…ada lagi satu jam balance hari tu nye masa nak kene abiskan, kalo tak rugi seploh hinggit..dahlah ari tu sejam tak dapat sekor pun pakcik udang..bukan kata pakcik je, dia nya anak sedara pun tak sentuh umpan kitorang hari tu…yg pakcik jaga kolam tu pulak buat tak tau je takde nak lepaskan udang…geram je…aku geram punya pasal kekadang selambe badak je cakap kat dia tak dapat udang…dia dah tengok muka azab aku tu,barulah dia bagi 2, 3 ekor..hahahahaha!!!nasib menjadi taktik, tapi aku bukan nak menipu tau..sebab ada sekali tu kitorang gi ikut si A*ma + Wa* mancing kat bangi, gumbira betul sebab kejap2 udang dah sangkut kat mata kail..yakyakyeay la kitorang…huhuhu…kesudahannya udang2 jadi lauk tengah hari kitorang kat rumah mertua..heheehe…

ape aku dah merapu ni…okla, nak emel org jap, aku dah janji nak anta gambar yg klia sempena keberangkatan kakak aku ke nz tempoh hari…semalam dah cube tapi tak berjaya nak anta, ni semua disebabkan line yg azab ini…

 selamat hari isnin..jangan tensen2 keje… ;)

→ 1 CommentCategories: Uncategorized
Tagged: , ,

i’m back!

February 18, 2008 · Leave a Comment

setelah hampir setahun menyepikan diri dan membiarkan blog lama bersawang hingga dah jadi hutan rimba, kini aku telah kembali..bukan kata nak menyamar macam ala2 single ke ape tapi rasa2 cam lebih sesuaaiii kalo dikekalkan “cik” tu instead of “puan”..hehehe…

apa nak cerita ek?..pertama pasal kehidupan aku sekarang…

dah hampir setahun jugak aku dah merasa pahit manis alam berumahtangga..tapi walau manis dan pahit sekalipun, tapi tu semua jadi pengalaman dan banyak mematangkan aku dari segala segi..betul kata orang, zaman bercinta tu kita tak nampak lagi true colors pasangan kita, bila dah serumah tu baru tau macamana..tapi syukur jugak, cik abang aku ni kira jenis penyabar jugak la orangnya kalo nak dibandingkan dengan aku yang agak berangin ni..(kan kakak..?hehehe)..tentang in-laws, overall ok la.. yelah kadang2 kita dengan family sendiri pun boleh tergigit lidah, inikan pulak dengan orang yg baru kenal..jadi kira aku sekarang masih nak memahami betul2 la keluarga baru aku ni..

 since aku dah masuk semester kedua program mas*er aku kat U*m, makanya hidup jadi lagi memenatkan..rasa2 dulu time keje takdela azab sangat macam sekarang..ntahla, ke sebab aku yg pemalas?..tambah2 sem ni..ada satu subject yg aku ambik tu, aku tak tau ape pensyarah aku nak sebenarnya..yelah aku dengan geng2 aku ikut arahan dia tapi bila ada yg terlebih kreatif jadinya kami punya hasil kerja tu kira out-of-date la dari aspek kreativiti…mana taknya, aku n the gang buat presentation dalam powerpoint je sedangkan diorang dah melompat jauh ke hadapan dengan video presentation…very the canggih skall!! tapi aku percaya bahawa yg penting aku dah buat ikut apa yg dia nak, bukan terlalu bergantung pada tahap kreativiti je..chaiyyo, chaiyyo sab!!!!!!

hidup pun sekarang penat yang amat, macam this sem, kelas aku hari selasa sampai khamis, so selasa dalam kol 1 lebih aku tinggalkan pakwe aku tu sebab nak berkejar gi kelas kol 3 lebih..rabu pagi2 lagi dah ade kelas sampai kol 3. khamis lepas je abih kelas yg penuh dengan discussion ala debat mini parli*en tu, aku ca alif but la ke melaka nak jumpa pakwe kesayangan aku tu…tiap minggu macam tu…kalo ikut penat, memangla tapi org kata alah bisa tegal biasa kan..makanya perjalanan hampir 2 jam tu pun sekarang aku dah rasa ok je berbanding masa mula2 kawin dulu.. tapi tak tau la aku kalo sampai ke hari ni dah berapa banyak saman aku kene disebabkan asik speeding je sebab berkejar nak ke kelas (gara2 bertolak dari rumah dah lambat)…hehehehe…

kalo bercerita tentang kawan2, sekarang ni dah banyak yg aku lama tak contact…bukan bermaksud nak jauhkan diri dari kawan2 tapi sebab dah takde masa lagi dah nak “berjimba-jumba” macam dulu..(berjimba-jumba ni maksud dia berpoya2 dengan gi soping ke bowling ke tengok wayang ke, janji buat aktiviti luar rumah la dengan kengkawan ke atau sorang2 pun boleh)..rasa cam rindu je saat2 aku masa bujang2 dulu, bila ujung minggu je merayap ntah mana2 sampai midvalah tu dah jadi rumah kedua la bagi aku..boleh pulak tu jalan2 sorang2, tak kisah pun..sekarang ni asik nak ajak pakwe teman je..main boling pun dah jarang..tapi aktiviti soping aku tu masih berjalan jugak la, kekadang tu kalo pakwe aku tu tak mo ikut, tetap aku maintainkan diri gi jugak sorang2 sebab nak menjolikan duit punya pasal..ehehehehe…tu yg kalo ada kawan2 nak ajak jumpa tu, aku memang surrender awal2, bukan kata tak mau pegi, aku surrender untuk berjanji, takut tak dapat ditepati…lebih baik kalo aku rasa ada time free aku redah bo je jumpa sape2 yg aku nak jumpa tu…jadi sape2 yg penah jadi mangsa redah aku tu mintak2 tak kecik ati la yea..hehehe…tapi jangan risau, walaupun tak contact or tak jumpa, bukan bermakna aku dah lupakan kawan2…masih ingat cuma sekarang keadaan dan masa dah tak berapa mengizinkan…tapi insya allah kalo ada hal penting, aku rasa aku masih boleh lagi kot bagi sedikit harapan pada kawan2 la agaknya…hehe..

bercakap tentang keluarga aku sekarang, iaitu aku dengan pakwe aku tu, sampai sekarang masih belum ada rezeki lagi untuk menambah ahli keluarga baru…mungkin ada hikmahnya di sebalik semua ni..mula2 aku tensen gak tengok ipar dan biras aku dah menambah ahli baru lepas beberapa bulan aku kawin tapi bila fikir2 balik keadaan aku yg asik berulang alik ni, rasa2 macam tak cukup persediaan je nak menguruskan semua benda dalam satu masa..tapi kalo ada rezeki, aku takkan menolak…sebab anak tu anugerah paling berharga dalam hidup org yg dah berkeluarga..dan aku berharap jugak isu kelambatan ni tidak akan jadi satu beban buat suami aku tu..sebab hati kecil aku ni dapat menafsirkan yang dia betul2 nak anak cuma mungkin daya kesabaran dia lebih, jadi setakat ni takde la benda tu jadi isu pada dia..cuma aku je yg kadang2 rasa tak berapa sedap hati bila terlampau fikir hal ni..hmm, ntahla… doakanlah aku yea…semoga impian aku untuk jadi ibu yg baik akan menjadi kenyataan..amin..

rasanya cukup setakat ini dulu buat entry pertama lepas aku dah tukar blog lama aku tu jadi hutan rimba (sampai aku nak access pun dah tak boleh..teruk tak aku??? hehehe!) so, sehingga berjumpa lagi..

buat one of my best friends, janet: happy (belated) birthday pada 17.02.08. sorila tak dapat nak celebrate besday sama2..

pada yang lain, selamat memulakan hari baru!

→ Leave a CommentCategories: Uncategorized
Tagged: , ,